Kelas Kesedaran Esport (Mental Kuat, Rank Naik)
14 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 13 April 2025, Sukacita dimaklumkan bahawa satu sesi khas bertajuk "Kelas Kesedaran Esport: Mental Kuat, Rank Naik" telah dianjurkan sebagai inisiatif untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman komuniti terhadap aspek mental dalam dunia Esport. Program ini bertujuan untuk membantu para pemain, terutamanya remaja dan belia, memahami kepentingan kesihatan mental, pengurusan emosi, dan fokus semasa bermain secara kompetitif. Dengan mental yang mantap, prestasi dalam permainan turut boleh ditingkatkan secara konsisten. Kelas ini juga akan menampilkan penceramah atau panel dari kalangan pemain profesional, pakar psikologi sukan dan komuniti Esport tempatan yang berpengalaman.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: